creme de la creme
do not judge the book by its cover!
Tuesday, 30 October 2012
mah fav #1
alohaa. it's been so long that i haven't posting. -.- busyyyyyyy. lots of things to do. studying, attending tuition classes, group studying.. yuppp! almost all of my time is used to study -.-
okayyy. back to the title! mah fav! TAYLOR ALISON SWIFT <3
whoaaa! i'm really a big fan of her. why? because she had that amazing voice <3 and she is sooooo prettyyyy! hoho :) okay. enough. i have no idea actually. haha. byee.
Thursday, 15 March 2012
BUAT ADAM.. DARI HAWA ;)
Adam,
Maafkan aku jika coretan ini
memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah
Hawa,
temanmu yang kau pinta semasa
kesunyian di Syurga dahulu
Aku asalnya dari tulang rusukmu
yang bengkok.
Jadi tidak hairanlah jika
perjalanan hidupku sentiasa
inginkan bimbingan darimu,
sentiasa mahu terpesong dari
landasan,
kerana aku buruan syaitan.
Adam,
Maha Suci Allah yang
mentakdirkan
kaumku lebih ramai bilangannya
dari kaummu di akhir zaman
itulah sebenarnya ketelitian Allah
dalam urusan-Nya.
Jika bilangan kaummu
mengatasi kaumku
nescaya merahlah dunia kerana
darah manusia,
kacau-bilaulah suasana,
Adam sesama Adam bermusuhan
kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari
peristiwa Habil dan Qabil
sehinggalah pada zaman
cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak
selaraslah undang-undang Allah
yang mengharuskan Adam
beristeri lebih dari satu
tapi tidak lebih dari empat pada
satu waktu.
Adam,
bukan kerana ramainya isterimu
yang membimbangkan aku,
bukan kerana sedikitnya
bilanganmu yang merunsingkan aku.
Tapi.. aku risau, gundah dan
gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu
bahawa aku
mesti tunduk ketika menjadi
isterimu.
Namun.. terasa berat pula
untukku menyatakan isi perkara.
Adam,
Aku tahu bahawa dalam
Al-Quran ada ayat yang
menyatakan
kaum lelaki adalah menguasai
terhadap kaum wanita.
Kau diberi amanah untuk
mendidik aku,
kau diberi tanggungjawab untuk
menjaga aku,
memerhati dan mengawasi aku
agar sentiasa di dalam redha
Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi Adam, nyata dan rata-rata
apa yang sudah terjadi pada
kaumku kini,
aku dan kaumku telah ramai
menderhakaimu.
Ramai yang telah menyimpang
dari jalan yang ditetapkan.
Asalnya Allah mengkehendaki
aku tinggal tetap di rumah,
Di jalan-jalan, di pasar-pasar,
di bandar-bandar bukan tempatku.
Jika terpaksa aku keluar dari
rumah seluruh tubuhku mesti ditutup
dari hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi.. realitinya kini, Hawa
telah lebih dari sepatutnya.
Adam.. mengapa kau biarkan
aku begini?
Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu
sudah tentu katamu.
Aku ibu dan guru kepada
anak-anakmu.
Tapi sekarang diwaktu yang
sama, aku ke muka
menguruskan hal negara,
aku ke hutan memikul senjata.
Padahal, kau duduk sahaja.
Ada di antara kau yang
menganggur tiada kerja.
Kau perhatikan saja aku panjat
tangga di pejabat bomba,
kainku tinggi menyingsing peha
mengamankan negara.
Apakah kau sekarang tidak lagi
seperti dulu?
Apakah sudah hilang kasih
sucimu terhadapku?
Adam,
Marahkah kau jika kukatakan
andainya Hawa terpesong,
maka Adam yang patut
tanggung!
Kenapa? Mengapa begitu ADAM?
Ya! Ramai orang berkata jika
anak jaha,t emak bapak tak
pandai didik,
jika murid bodoh, guru yang
tidak pandai mengajar!
Hawa memang degil, tak mahu
dengar kata
tak mudah makan nasihat,
kepala batu, pada hematku yang
dhaif ini.
Adam,
Seharusnya kau tanya dirimu,
apakah didikanmu terhadapku
sama
seperti didikan Nabi Muhammad
SAW terhadap isteri-isterinya?
Apakah Adam melayani Hawa
sama seperti psikologi
Muhammad terhadap mereka?
Adakah akhlak Adam-Adam
boleh dijadikan contoh terhadap
kaum Hawa?
Adam,
Kau sebenarnya imam dan aku
adalah makmummu.
Aku adalah pengikut-pengikutmu.
Kerana kau adalah ketua.
Jika kau benar, maka benarlah
aku.
Jika kau lalai, lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal
manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan, nafsumu satu.
Aku.. akalku satu, nafsuku
beribu!
Dari itu Adam, pimpinlah
tanganku, kerana aku sering lupa
dan lalai,
sering aku tergelincir ditolak
serong oleh nafsu dan
kuncu-kuncunya.
Bimbinglah aku untuk
menyelami kalimah Allah,
perdengarkanlah aku kalimah
syahdu dari Tuhanmu agar
menerangi hidupku.
Tiuplah roh jihad ke dalam
dadaku agar aku menjadi
mujahidah kekasih Allah.
Adam,
Andainya aku masih lalai dengan
karenahmu sendiri,
masih segan mengikut langkah
para sahabat,
masih gentar mencegah mungkar,
maka kita tunggu dan lihatlah,
dunia ini akan hancur bila
kaumku yang akan memerintah.
Malulah engkau Adam, malulah
engkau pada dirimu sendiri dan
pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu..
copypaste ;)
Subscribe to:
Comments (Atom)
